"hidup tak selalunya indah langit tak selau cerahsuram malam tak berbintang itulah lukisan alam.."
adaptasi dari senikata lagu nasyid diatas tadi dapat memberikan kita seribu satu makna. nak menunjukkan bahawa kehidupannya kita tak sentiasanya bahagia. sabagai seorang muslim yang jitu pegangannya terhadap kebergantungan kepada Allah tidak akan pernah merasakan goyah dengan ujian yang diberikan. bahkan, dengan ujian tersebut dapat dirasai akan sebuah kemanisan.. allahu rabbiy..buat sahabat-sahabat yang merasakan dirinya penuh dengan masalah, bersyukurlah kerana allah masih ada dan dekat dengan kita sepetimana allah sebut dalam surah (albaqarah : 186)
maksudnya: Dan apabila hamba-hamaku bertanya kepadamu (Muhammad)
tentang ‘Aku’, maka sesungguhnya
‘Aku’ dekat. ‘Aku’ akan kabulkan permohonan orang yg berdoa apabila dia
berdoa kepada-Ku.
Hendaklah mereka itu memenuhi (perintah)-Ku dan beriman kepada-Ku,
agar mereka memperoleh kebenaran.
dalam ayat in jelas bahawa Allah tidak akan membiarkan hambanya terkapai-kapai dalam penderitaan cuma, hanya kita yakin pada janji Allah yang tidak akan pernah mensia-siakan. Subhanallah.sesunnguhnya dengan mengingati allah hatiakan menjadi tenang. kepada sahabat-sahabat saya yang budiman sekalian sekiranya anda diuji, yakinlah dengan ujian yang allah berikan itu tersimpan segala hikmah.
No comments :
Post a Comment