cantik

Wednesday 7 May 2014

senandung ukhwah buatmu temanku.

                                                         gambar hiasan

diawal kita bersua
mencuba untuk saling memahami
keping-keping hati terajuk dengan indah
rasakan persaudaraan kita

dan masa pun silih berganti
ukhwah dan amanah tertunaikan
berpeluh suka dan duka 
kita jalani semua
semata-mata harapkan redhanya

sahabat tibalah masanya
bersua pasti ada berpisah
bila nanti kita jauh berpisah
jadikan rabitah pengikatnya
jadikan doa ekspresi rindu
semoga kita bersua di syurga

ku titipkan kata-kata ini buat mu sahabat
agar ukhuwwah kita sampai ke syurga... Amin








"hidup tak selalunya indah langit tak selau cerahsuram malam tak berbintang itulah  lukisan alam.."                                                                            

adaptasi dari senikata lagu nasyid diatas tadi dapat memberikan kita seribu satu makna. nak menunjukkan bahawa kehidupannya kita tak sentiasanya bahagia. sabagai seorang muslim yang jitu pegangannya terhadap kebergantungan kepada Allah tidak akan pernah merasakan  goyah  dengan ujian yang diberikan. bahkan, dengan ujian tersebut dapat dirasai akan sebuah kemanisan.. allahu rabbiy..buat sahabat-sahabat yang merasakan dirinya penuh dengan masalah, bersyukurlah kerana allah masih ada dan dekat dengan kita sepetimana allah sebut dalam surah (albaqarah : 186)

maksudnya: ‎Dan apabila hamba-hamaku bertanya kepadamu (Muhammad)

tentang ‘Aku’, maka sesungguhnya

‘Aku’ dekat. ‘Aku’ akan kabulkan permohonan orang yg berdoa apabila dia 

berdoa kepada-Ku.


Hendaklah mereka itu memenuhi (perintah)-Ku dan beriman kepada-Ku,


 agar mereka memperoleh kebenaran.



dalam ayat in jelas bahawa Allah tidak akan membiarkan hambanya terkapai-kapai dalam penderitaan cuma,  hanya kita yakin pada janji Allah yang tidak akan pernah mensia-siakan. Subhanallah.sesunnguhnya dengan mengingati allah hatiakan menjadi tenang. kepada sahabat-sahabat saya yang budiman sekalian sekiranya anda diuji, yakinlah dengan ujian yang allah berikan  itu tersimpan segala hikmah.